Sabtu, 8 Mei 2010

Perasmian Asrama Pelajar Johor Rabaah 2010

Asrama Pelajar Johor Rabaah telah dirasmikan dengan jayanya pada 17 Mei 2010. Perasmiannya disempurnakanoleh DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan dan Yang Dipertuan bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Takzim.

Berikut merupakan sebahagian detik-detik bersejarah Majlis Perasmian Asrama Pelajar Johor Rabaah yang sempat dirakamkan oleh jurugambar rasmi program. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dan semua yang hadir dalam menjayakan Majlis Perasmian Asrama Pelajar Johor Rabaah ini.

Antara pameran yang telah disediakan oleh MAIJ untuk tatapan kita.

Antara hadirin yang hadir pada majlis tersebut.

Hadirin menjamu selera dengan hidangan yang disediakan.


Menunggu ketibaan DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor.

Ketibaan Ahli Rombongan Kerajaan Negeri Johor. Kelihatan dalam gambar ialah Dato' Zainal Abidin Osman (Exco Agama Johor), Dato' Noh Gadut (Penasihat MAIJ), Dato' Haji Abdul Latif Bin Yusof (Setiausaha Kerajaan Johor)

DYMM Sultan menyempurnakan upacara perasmian Asrama Pelajar Johor Rabaah dengan menarik tirai plak perasmian.



Bacaan doa oleh Dato' Hj M Tahrir Bin Dato' Haji Samsudin, Mufti Negeri Johor.

Sebahagian tetamu jemputan wanita yang turut sama memeriahkan majlis.

Tetamu jemputan lelaki yang hadir.

Dato' Haji Abdul Ghani Bin Othman, Menteri Besar Johor sedang menyampaikan ucapannya.

DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

YMM Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah.

Haji Abdul Rahman Bin Jaffar, Pengarah Jabatan Agama Johor mempersembahkan cenderahati kenang-kenangan daripada MAIJ kepada DYMM Sultan.

YDP BKPJM 09/10, Sdr Basir Mohamed mempersembahkan cenderahati kraftangan hasil pelajar daripada BKPJM kepada DYMM Sultan Johor.

Cenderahati BKPJM kepada Sultan Johor adalah hasil karya ahli BKPJM, Sdr Mubarak. Mengandungi khat ayat-ayat Al-Quran dari Surah At-Taubah, ayat 128-129.

Persembahan nasyid dari kumpulan nasyid Izdan diketuai Saudara Meor Mohd Hazwan bin Meor Mohd Rani.

Selesai majlis santapan, DYMM Sultan berkenan untuk bergambar bersama pelajar-pelajar.

Dato' Abdul Ghani Bin Othman, Menteri Besar Johor bergambar bersama pelajar-pelajar di hadapan Asrama Pelajar Johor Rabaah, Kaherah, Mesir.

Pelajar-pelajar perempuan bergambar bersama tetamu-tetamu perempuan yang hadir.

Pelajar lelaki bergambar bersama rombongan MAIJ.



Jawatankuasa Pelaksana Majlis Perasmian Asrama pelajar Johor Rabaah.
dari kanan : Mohd Saleh bin Maskob, Heufiroz Efizi Hussin, Mohd Faiz Esa, Mohd Khairul Anwar Tajuddin, Mohd Yazid Hanzir, Kamal Ariff Mohd Bakri, Ahmad Luqman Bukhari, Muhammad Syafiq Safwan Harith, Syed Miftahul Ulum Syed Mustafa Kamal.
duduk : Zulfekri Abdullah (Pengarah Program)


Jutaan terima kasih diucapkan kepada jurugambar rasmi Majlis Perasmian Asrama Pelajar Johor Rabaah : Ahmad Zaidan Khudzari, Mohd Fathi montalib, Ishaq Hanis Ismail, Suhaimi Abu Hassan, Baharuddin bin Dahlan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan